KUCHING, 1 Feb: Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) mempelawa seluruh rakyat Sarawak berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai pertandingan mencipta logo dan slogan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.
Pertandingan ini bermula pada 2 Feb 2023 sehingga 19 Feb 2023.
Logo yang terpilih akan digunakan sebagai identiti rasmi Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.
Pertandingan ini bertujuan memberi peluang untuk mengetengahkan kreativiti dan mencungkil bakatbakat rakyat Sarawak.
Pemenang pertama akan menerima hadiah utama bernilai wang tunai RM5,000 dan sijil penyertaan.
Pemenang kedua bakal menerima wang tunai RM40,000 dan sijil penyertaan manakala pemenang ketiga akan menerima wang tunai RM3,000 dan sijil penyertaan.
Dalam pada itu, lima pemenang hadiah saguhati akan menerima wang tunai bernilai RM1,000.00 dan sijil penyertaan setiap seorang.
Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan rasional ke atas rekabentuk logo Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dan simbol serta warna yang digunakan dapat menterjemah fungsi logo. — DayakDaily