TYT Pehin Sri Dr Wan Junaidi dijangka hadiri Sambutan Maal Hijrah 1446H

Misnu (tengah) mempamerkan poster Sambutan Maal Hijrah 1446H.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 2 Julai: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bakal menghadiri Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M pada Ahad (7 Julai) ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha berkata, sekitar 1,000 tetamu dijangka memeriahkan perhimpunan yang diadakan di Pusat Hikmah Exchange Kuching di sini.

Advertisement

Menurut beliau, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga dijangka menghadiri acara tersebut.

“Tema untuk sambutan pada tahun ini ialah ‘Sarawak Maju Makmur, Al-Falah Pemacu Malaysia Madani,” katanya semasa sidang media di Pejabat MIS di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Misnu berkata Majlis Doa Akhir Tahun 1445 Hijri dan Awal Tahun 1446 Hijri akan diadakan pada 6 Julai ini di Masjid Jamek Negeri Sarawak bermula 5.30 petang.

Majlis doa tersebut juga dijangka dihadiri Wan Junaidi dan Abang Johari.

“Perhimpunan Maal Hijrah pula diadakan pada 7 Julai bertempat di Pusat Hikmah Exchange di Satok pada 9 pagi, ” katanya.

Seperti sambutan Maal Hijrah sebelum ini, Misnu memaklumkan Anugerah Maal Hijrah Peringkat Sarawak juga akan disampaikan oleh Tun Pehin Sri Wan Junaidi. — DayakDaily

Advertisement