TYT gesa kerajaan perpaduan segerakan tuntutan Sarawak

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 15 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berharap kerajaan perpaduan dapat segera menyelesaikan tuntutan Sarawak.

Kata Taib, ia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan IGC, Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.


“Saya juga berharap kerajaan persekutuan terus melaksanakan pembangunan di Sarawak.

“Ini dengan meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, membangun infrastruktur asas, menjaga kebajikan Sarawak dan meningkatkan tahap keselamatan khususnya kawasan sempadan,” katanya.

Taib berkata demikian dalam ucapannya di Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yakin kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim dapat membangunkan negara dengan lebih cemerlang dan terbilang.

“Saya gembira dengan sokongan kerajaan Sarawak, kerajaan perpaduan telah dapat dibentuk.

“Kerajaan yang stabil pasti dapat membawa kemakmuran kepada rakyat,” katanya. — DayakDaily