Tun Pehin Sri Wan Junaidi meriahkan Perhimpunan Ma’al Hijrah

Tun Pehin Sri Wan Junaidi (empat kanan) menyampaikan anugerah Tokoh Penjawat Awam kepada Abdullah. Foto: UKAS
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 7 Julai : Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hari ini menghadiri Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1446H/2024M.

Diadakan di Pusat Acara Hikmah Exchange di sini, perhimpunan turut disertai Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Advertisement

Sambutan Ma’al Hijrah tahun ini bertemakan Sarawak Maju Makmur, Al-Falah Pemacu Malaysia Madani.

Sekitar 1,000 tetamu hadir memeriahkan perhimpunan yang dimulakan dengan bacaan Al-Quran menggunakan Mushaf Braille Malaysia oleh Aleeya Nuraishah Mohamad Mahdi.

Manakala tadabbur Ayat-Ayat Suci Al-Quran disampaikan oleh Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin.

Majlis kemudian diteruskan dengan pengurniaan Anugerah Ma’al Hijrah 1446H oleh Tun Pehin Sri Wan Junaidi sambil disaksikan oleh Abang Johari.

Antara penerima ialah Prof. Dr Shahrul Razid Sarbini bagi Anugerah Pencapaian Penyelidikan dan Pembangunan.

Manakala Datu Abdullah Julaihi bagi Anugerah Penjawat Awam Islam dan Dr Les Anak Met bagi Anugerah Penjawat Awam Bukan Islam. — DayakDaily

Tun Pehin Sri Wan Junaidi menandatangani buku di Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1446H/2024M. Foto: UKAS
Advertisement