Tragedi bot karam di Lubok Antu, semua mangsa selamat

Mangsa-mangsa bersama pasukan penyelamat.

LUBOK ANTU, 2 Jun: Seramai tujuh mangsa bot karam di perairan Resort Aiman, di sini dilaporkan selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhuhung kejadian pada jam 6.30 petang.

Katanya, laporan diterima mengatakan berlaku kejadian bot karam dan terdapat tujuh mangsa iaitu tiga lelaki dan empat wanita.


“Maklumat awal yang diperolehi mengatakan kesemua mangsa masih terapung di sekitar lokasi bot karam.

“Sesampainya pasukan Bomba bersama polis tiba di lokasi kejadian, didapati kesemua mangsa telah selamat sampai ke jeti Aiman Resort,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.25 malam. — DayakDaily