Toyota Hilux terbalik, pemandu selamat

Keadaan Toyota Hilux yang terbalik.
Advertisement

Oleh Dean Adam

MIRI, April 28: Seorang lelaki nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya terbabas lalu terbalik di Jalan Airport di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.43 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari BBP Miri kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah Toyota Hilux dalam keadaan terbalik di tengah jalan.

“Pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.

Law menambah, anggota bomba kemudian bertindak melakukan kerja pembersihan jalan akibat tumpahan minyak dari enjin kenderaan itu.

“Apabila keadaan selamat sepenuhnya, anggota bomba seterusnya bertolak balik ke balai,” katanya. — DayakDaily

Advertisement