Tolak rasuah bantu penjawat awam tingkatkan imej organisasi

Datuk Seri Azam Baki

KUCHING, 9 Dis: Tindakan penjawat awam khususnya mereka yang bertugas dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menolak dan seterusnya melaporkan perbuatan rasuah berupaya meningkatkan imej organisasi yang diwakili oleh mereka.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata, sebagai seorang yang mempunyai kuasa, penjawat awam pastinya memiliki peluang dan ruang untuk melakukan perbuatan rasuah.

Katanya, menerusi soal selidik Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2018 mendapati 418 (11 peratus) daripada 3,810 reponden penjawat awam mengaku akan melakukan perbuatan rasuah jika mempunyai kesempatan, kuasa dan peluang.

“Berdasarkan statistik SPRM, hampur separuh daripada tangkapan keseluruhan yang dilakukan SPRM setiap tahun melibatkan penjawat awam dan fenomena ini wajar membimbangkan kita.

“Kebanyakkan kes melibatkan penjawat awam ini adalah berkaitan kesalahan meminta dan menerima rasuah dan perkara ini merupakan ‘bleeding area’ kepada penjawat awam terlibat,” katanya

Teks ucapan Beliau dibacakan Pengarah SPRM Sarawak, Mohamad Zaki Hassan sempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2020 di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Mnurut Azam, tema ‘PBT perangi pemberi rasuah’ bagi sambutan HARA 2020 berlandaskan rasional peranan penting warga PBT dalam pembangunan sesebuah negeri, wilayah dan daerah.

“Sebagai barisan hadapan saya percaya warga PBT berhadapan cabaran besar dalam melayan pelbagai kareneh pelangan.

“Warga PBT juga berhadapan pelbagai tomahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa apabila tidak memenuhu pemintaan segelintir pihak,”katanya

Azam mendedahkan sehingga kini, seramai 364 penjawat awam di seluruh negara telah menerima pengitirafan daripada kerajaan kerana keberanian mereka melaporkan serta menolak rasuah melibatkan nilai ganjaran keseluruhan sebanyak RM670,466.

Tambah beliau, di Sarawak sahaja, seramai 40 penjawat awam turut menerima pengiktirafan sama dari tahun 2017 hingga 2019 yang lalu.

“Untuk tempoh tiga tahun tersebut jumlah nilai rasuah yang terlibat adalah sebanyak RM68,710 dan jumlah nilai ganjaran bagi penjawat awam yang telah diperakukan adalah sebanyak RM51,210,” katanya. — DayakDaily