Tingkatkan pendapatan isi rumah tumpuan utama Kerajaan Sarawak — Awang Tengah

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 22 Julai: Kerajaan Sarawak memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk Negeri, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak (PCDS) 2030.

Advertisement

“Di antaranya adalah untuk memberi fokus kepada pendidikan dan kemahiran.

“Ini adalah sejajar dengan dasar kita untuk membangunkan sumber manusia,” katanya dalam amanat Sambutan Hari Sarawak 2024.

Tambah Awang Tengah, ia penting kerana Sarawak memberi fokus kepada pembangunan ekonomi digital, ekonomi hijau, ekonomi sekular.

Katanya, ia juga meliputi ekonomi berlandaskan teknologi yang tinggi.

Justeru, beliau berbangga bahawa Bank Dunia telah mengiktiraf Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi pada tahun 2023 dan 2024.

“Semoga Sarawak terus kekal maju, aman damai dan rakyat hidup dalam harmoni dan sejahtera.

“Sekali lagi, saya ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak 2024,” kata Awang Tengah. — DayakDaily

Advertisement