Tiga lelaki ditangkap, disyaki curi baja sawit

Kelihatan tiga suspek curi baja sawit.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 31 Mac : Tiga pemuda tidak sempat menikmati hasil curi baja sawit apabila mereka dicekup pihak polis pada petang Selasa (29 Mac).

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, semasa tangkapan di Suai, pihak polis turut merampas empat beg baja sawit yang disimpan di dalam kenderaan pacuan empat roda dinaiki ketiga-tiga suspek dengan anggaran RM500.

Difahamkan, setiap beg baja yang dirampas adalah seberat 50kg.

Kesemua suspek, yang berusia dalam lewat 20-an dan 30-an itu telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. — DayakDaily