Oleh Brad Rantayy
MIRI, 26 Ogos : Seorang lelaki warga asing antara tiga individu ditahan semasa dua serbuan di sini pada petang Khamis (25 Ogos) di dua buah premis rumah kedai di kawasan Bintang Jaya Commercial Centre, Miri.
Serbuan yang dilakukan anggota pokis dari Bahagian Siaaatan Jenayah Narkotik (JSJN) Miri itu dilakukan sekitar jam 3 sehingga 3.30 petang itu turut menemui dan merampas beberapa jenis dadah bernilai RM82,576 dengan berat dianggarkan 2,251.49gram.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol, antara fadah yang dirampas adalah Jus Ecstasy warna putih pelbagai jenis (Anggaran berat: 1,982 gram, bernilai RM49,550); 170 biji pil Erimin 5 (Anggaran berat: 76.05 gram, bernilai RM2,550); Serbuk dadah disyaki dadah jenis Ketamin (Anggaran berat: 162.54 gram, bernilai RM24,381) dan Pil Ecstasy pelbagai warna (Anggaran berat: 30.9 gram, bernilai RM1,545).
Turut ditemukan di lokasi wang tunai bercampur-campur berjumlah RM4,550.
“Selain itu, turut disita adalah wang tunai bercampur-campur berjumiah RM 8,750.00 , seutas gelang berwarna keemasan seberat 6.30 gram (Anggaran nilai berjumlah RM1,600.00),” ujar nya ketika satu sidamg media tadi.
Jumlah anggaran sitaan adalah sebanyak RM10,350.00
Hasil saringan awal ujian air kencing, mendapati urin bagi ketiga-tiga suspek adalah negatif dadah.
Kesemua suspek ditahan dan kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (2) ADB 1952.
Jika disabitkan kesalahan dibawah Sek. 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.
Manakala, jika disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum dengan penjara seumur hidup atau untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan sebatan tidak kurang 10 kali.
Mahkamah membenarkan empat hari tahanan reman ke atas suspek untuk siasatan lanjut.— DayakDaily
Advertisement