Tiga kereta hampir terjatuh dalam runtuhan tanah

Kelihatan kenderaan yang hampir jatuh dalam kejadian runtuhan tanah.

SRI AMAN, 10 Nov: Tiga kereta hampir terjatuh ke dalam runtuhan tanah yang berlaku di tempat letak kereta Kuarters Kerajaan Negeri dekat Jalan Kedang, di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata, insiden runtuhan tersebut dilaporkan pada jam 6.31 pagi.

Katanya, jarak kawasan runtuhan adalah kira-kira 15 kaki dari struktur bangunan.


“Pemeriksaan dilakukan di sekitar kawasan kejadian dan selepas didapati selamat, pasukan Bomba dari Balai Bomba Sri Aman kemudian berangkat balik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi tamat pada jam 7.28 pagi. — DayakDaily