KUCHING, 25 Jun: Tiga individu di Sarikei ditangkap setelah didapati memiliki pelbagai jenis dadah dengan anggaran nilai RM16, 678 pada semalam.
Ketua Polis Daerah Sarikei Supt Aswandy Anis berkata, ia melibatkan seorang lelaki dan wanita tempatan berusia 32 dan 39 tahun.
Turut ditangkap seorang wanita warga Indonesia berusia 42 tahun.
“Hasil pemeriksaan di rumah dan kenderaan yang berada di garaj rumah menjumpai pelbagai jenis dadah berbahaya.
“Kesemua saspek telah dibawa ke IPD Sarikei untuk siasatan lanjut, ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu tambah Aswandy, hasil ujian air kencing mendapati dua saspek warga tempatan positif dadah.
Kesemua saspek telah direman selama 6 hari mulai hari ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39B ADB 1952.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan 12 sebatan. — DayakDaily