Tidak sempat bekerja, PATI diusir balik

PATI yang ditangkap sebelum diusir balik ke negara asa mereka.
Advertisement

KUCHING, 19 Julai: Seorang wanita bersama dua lelaki warga asing ditangkap dalam cubaan mereka u menyeludup masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Indonesia di Biawak, hari ini.

Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam kenyataan akbarnya memberitahu ketiga-tiga pendafang asing tanpa izin (PATI) tersebut ditangkap kira-kira 200 meter dari sempadan.

Katanya, tangkapan dibuat oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menjalankan rondaan di Sektor Pos GABMA Biawak sekitar jam 9.45 pagi.

Advertisement

“Anggota ronda Tentera terserempak tiga orang PATI sedang berjalan daripada arah sempadan Indonesia.

“Anggota ronda Tentera telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap 3 orang PATI dan hasil temu siasat mendapati kesemua PATI dalam perjalanan untuk berkerja di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil daripada penahanan dan pemeriksaan terhadap 3 orang PATI terbabit yang berusia lingkungan umur 20 hingga 47 tahun tersebut mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai.

Anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa adalah berjumlah RM 3,790 iaitu melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian.

“Kesemua PATI terbabit telah di bawa ke sempadan negara untuk pengusiran.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa,” katanya.

Bermula dari bulan Januari sehingga ke hari ini, sebanyak 18 kali pengusiran melibatkan seramai 136 orang PATI telah direkodkan bagi tahun 2024.

TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan.

Sehubungan itu, Panglima 1 Divisyen Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota di bawah naungannya. — DayakDaily

Advertisement