TATAU, 31 Julai: Seorang wanita warganegara Indonesia tidak jadi terjun bangunan selepas diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) hari ini.
Jurucakap Bomba berkata pihaknya menerima laporan mengatakan mangsa cuba membunuh diri dan berada di atas sebuah bangunan kedai sekitar jam 9.05 pagi.
Beberapa anggota dari Balai Bomba Tatau terus ke lokasi kejadian selepas itu.
“Komander operasi mengatakan tindakan awal yang dilakukan Bomba adalah memujuk mangsa selama 30 minit tetapi gagal.
“Oleh itu, bomba bertindak ‘menangkap’ mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.— DayakDaily