Tiada keperluan dikuarantin selepas terima suntikan vaksin Covid-19

Dr Chin Zin Hing

KUCHING, 22 April: Tiada keperluan untuk seseorang itu untuk dikuarantinkan selama 14 hari sejurus menerima vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Heng berkata pengecualian itu bagaimanapun hanya terpakai kepada individu atau perkerja yang menerima suntikan vaksin tersebut di Sarawak sahaja.

Katanya, individu yang menerima vaksin di luar Sarawak masih perlu mematuhi arahan kuarantin 14 hari seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) ketika memasuki Sarawak.


“Pengecualian tersebut tidak berkaitan dengan kuarantin disebabkan alasan-alasan lain seperti menjadi kontak kepada kes positif, memasuki Sarawak dan sebagainya,” katany menerusi satu kenyataan hari ini.

Ia bagi menjawab satu laporan berita oleh TVS yang bertajuk ‘Pekerja Tidak Perlu Dikuarantin 14 Hari Setelah Divaksinasi’ pada 20 April lalu.

Jelas Dr Chin, penyataan tersebut merujuk kepada program vaksinasi Covid-19 untuk tempoh masa sejurus dan selepas menerima vaksinasi di Sarawak sahaja bukan sebaliknya. ā€” DayakDaily