PM jalani kuarantin kendiri mulai hari ini

Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob

KUCHING, 30 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mula menjalani kuarantin kendiri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, ia setelah Ismail Sabri disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan, di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada petang ini,” katanya.


Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Ismail Sabri hanya akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 secara maya esok.

Sambutan dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. — DayakDaily