Tiada alasan menidakkan kelayakan anak Sarawak isi kekosongan jawatan guru — KGBS

File photo for illustration purposes. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 8 Okt: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tiada alasan untuk menidakkan kelayakan anak-anak tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan guru di seluruh Sarawak, tegas Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) .

Menerusi satu kenyataan semalam, KGBS berkata, anak tempatan memiliki kelayakan yang sama dengan calon guru dari Semenanjung Malaysia.

Advertisement

“Mereka (anak-anak tempatan) hanya perlu diberi kursus berkaitan opsyen kritikal sementara menunggu penempatan di sekolah,” kata KGBS.

Menurut kenyataan itu lagi, istilah pengambilan khas guru-guru Sarawak sudah jelas maksud difokuskan kepada anak-anak Sarawak.

Dengan pengambilan terbuka katanya, ia sudah pasti akan menimbulkan banyak masalah.

“Masalah yang kita jangka seperti tidak melapor diri, rayuan penempatan di dalam negeri masing-masing pasti akan ada.

“Bila ini berlaku, masalah kekurangan guru di Sarawak tidak selesai sampai bila-bila,” kata KGBS.

Sementara itu, KGBS berharap kerajaan Negeri akan terus mendesak kerajaan pusat untuk memberi kuasa autonomi kepada Sarawak dalam menguruskan hal ehwal pendidikan Negeri.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan tersebut.

Sagah menyifatkan SPP tidak mengotakan janji yang mana keutamaan seharusnya diberikan kepada anak Sarawak tetapi sebaliknya berlaku. — DayakDaily

Advertisement