TERATAI dan PUSPANITA Pahang lawat CENTEXS

Rombongan TERATAI dan PUSPANITA melawat Galeri Songket Dan Keringkam Sarawak. Foto: UKAS
Advertisement

KUCHING, 13 Ogos: Seramai 41 orang rombongan Ahli Persatuan Amal Isteri-lsteri Wakil Rakyat Negeri Pahang (TERATAI) dan Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) negeri Pahang telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Kecermelangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di sini, pada Jumaat.

Rombongan diketuai Pengerusi TERATAI Datin Sri Datoā€™ Burhah Mohammed itu disambut oleh Timbalan Pengarah Akademi Digital CENTEXS Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim dan Timbalan Pengarah Akademi Industri CENTEXS, Dr Nadianatra Musa.

Rombongan diberikan taklimat khas mengenai CENTEXS serta program program latihan yang ditawarkan selaku Pusat Latihan Teknikal milik Yayasan Sarawak.

Advertisement

Para rombongan juga dibawa melawat ke Digital Academy dan Heritage Technology and Gastronomy Academy serta melihat secara hand-on proses tenunan songket Sarawak dan sulaman tudung Keringkam.

Pada lawatan itu, pertunjukan fesyen dari pihak Heritage Technology and Gastronomy Academy diadakan.

Pihak CENTEXS berharap dengan lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negeri Sarawak dan Pahang dari segi perkongsian idea mengenai latihan warisan tradisi.

Terdahulu, Burhah serta rombongan telah melawat Galeri Songket dan Keringkam Sarawak pada sebelah pagi dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada Ahad.

Pada lawatan itu, Isteri kepada Menteri Besar Pahang Datoā€™ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama rombongan turut dibawa melihat pameran produk-produk tenunan songket dan keringkam Sarawak.

Antaranya ialah seperti tudung keringkam, beg yang diperbuat dari kain tenunan songket yang dipamer dalam galeri berkenaan. ā€” DayakDaily

Advertisement