Tentera tahan lelaki warga Indonesia bawa lima bilah parang

Kelihatan lima bilah parang yang dirampas.
Advertisement

SERIKIN, April 15: Tindakan seorang lelaki warga Indonesia menyimpan lima bilah parang di dalam guni membawa padah apabila dia ditahan pasukan tentera Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) di kawasan sempadan Serikin-Jagoi Babang di sini malam tadi.

Lelaki warga asing berusia 40-an tersebut ditahan oleh pasukan tentera kira-kira pukul 11.40 malam.

Jurucakap 13RAMD berkata, sebelum tangkapan itu, suspek telah dikesan bergerak seorang diri sambil membawa guni dalam keadaan mencurigakan.

Advertisement

Jelasnya, melihat situasi tersebut, pasukan tentera kemudian bertindak menahan lelaki terbabit.

“Hasil pemeriksaan, anggota tentera menemui lima bilah parang yang disimpan di dalam guni tersebut.

“Anggota tentera kemudian menahan suspek sebelum lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau,” katanya apabila dihubungi hari ini.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan penahanan suspek berkenaan.

Katanya, suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Buat masa ini, motif suspek membawa lima bilah parang masih lagi disiasat,” ujarnya. — DayakDaily

Advertisement