Tanah runtuh rosakkan bahagian dapur Rh Amas, Jikang di Julau

Penghuni rumah panjang berusaha membersihkan kawasan dapur yang terjejas akibat runtuhan tanah.

KUCHING, 1 JULAI: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan belakang Rumah Panjang Amas, Jikang di Julau pada Isnin lepas.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kejadian telah mengakibatkan kerosakkan pada dapur sebuah rumah iaitu pintu nombor 10.

Rumah tersebut dihuni 5 orang sekeluarga dan tiada keperluan untuk memindahkan mereka setakat ini.


Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang melakukan tinjauan menasihati semua penghuni rumah panjang 32 pintu tersebut untuk berhati-hati dan mengambil langkah awal bagi mengelakkan tanah tersebut daripada terus runtuh.—DayakDaily