Tanah mendap di Rapak Tepus, Pantu akibat kesesakan teruk

Kelihatan sebuah lori yang terhumban masuk dalam lubang.

Oleh Dean Adam

SRI AMAN, Dis 28: Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan dari Sri Aman ke Kuching diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga susulan berlaku kejadian tanah mendap di kawasan Rapak Tepus, Pantu di sini hari ini.

Keadaan kesesakan jalan raya akibat kejadian tanah mendap.

Kejadian itu turut mengakibatkan berlakunya kesesakan teruk berikutan sebuah lori terhumban masuk dalam lubang berkenaan.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar pada pukul 4.20 pagi apabila berlakunya kejadian tanah mendap atau berlubang di laluan berkena.

Katanya, kejadian itu telah mengakibatkan pergerakan lalu lintas dari kedua-dua arah sesak dan tidak dapat dilalui ketika in

“Pasukan polis telah berada di lokasi kejadian bagi mengawal keadaan lalu lintas di situ.

“Pihak kontraktor lebuh raya Pan Borneo juga giat melakukan kerja-kerja membaik pulih laluan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sumber polis menambah, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dari kedua-dua dinasihatkan agar merancang perjalanan mereka bagi mengelak terperangkap akibat kesesakan jalan raya,” katanya. -DayakDaily