Taman Agro Pertanian akan dibangunkan di Sarikei

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersalaman dengan penduduk di Sarikei.
Advertisement

SARIKEI: Potensi Sarikei sebagai pengeluar makanan di kawasan tengah negeri ini diserlahkan lagi apabila kerajaan akan mewujudkan Taman Agro Pertanian di bahagian itu.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, seluas 500 hektar tanah akan dibangunkan untuk tujuan itu sebagai permulaan.

“Sarawak merupakan antara pengeluar hasil pertanian di kawasan tengah negeri ini.

Advertisement

“Sehubungan itu, kewujudan Taman Agro Pertanian ini akan melonjakkan lagi potensi Sarikei sebagai pengeluar makanan,” katanya di Majlis Perasmian Pusat Inovasi Sarikei (SIC) hari ini.

Menjelas lanjut Abang Johari berkata, Taman Agro Pertanian yang pertama di negeri ini akan dibangunkan dengan pendekatan baharu yang lebih baik dan teratur.

“Mereka yang meminati bidang pertanian boleh menyewa di kawasan ini untuk mengusahakan bidang pertanian yang mereka mahu,” katanya.

Katanya, kawasan itu akan dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan bekalan air bagi memudahkan golongan petani.

“Jika tidak ada apa-apa halangan projek ini akan kita mulakan pada tahun hadapan,” katanya.

Advertisement