90 peserta berentap DBKU Criterium Race 1.0

Pemenang Kejohanan DBKU Criterium Race 1.0 bergambar beramai-ramai selepas pertandingan.

KUCHING: Sebanyak 90 peserta berentap mengambil bahagian dalam enam kategori Kejohanan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Criterium Race 1.0 yang diadakan di Kompleks Sukan Negeri Sarawak, berakhir petang tadi.

Bagi kategori terbuka, tempat pertama telah dimenangi Muhd Arfy Qhairant Arron yang berjaya membawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Tempat kedua dimenangi Amirul Anuar Jafari dengan hadiah wang tunai RM700 manakala tempat ketiga, Muhamad Fauzan Ahmad Lufti dengan hadiah wang tunai RM500.


Kategori tertutup Sarawak pula dimenangi oleh Jakson Kho sekali gus membawa balik RM700, diikuti naib johan, Hanif Kamaludin (RM500) dan ketiga, Muhd Faiz Matjelan (RM300).

Geri Maulana Sapura pula mengungguli kategori lelaki 20 tahun ke bawah dengan berjaya membawa balik hadiah wang tunai RM600, kedua Bernard Van (RM400) manakala ketiga, Sanim Fitri Abdul Halim (RM300).

Kategori veteran 40 tahun ke atas dimenangi Mohamad Hatta (RM600), naib johan disandang oleh Patrick Siqueen (RM400) dan ketiga, Syachruddin Effendi Abdullah (RM300).

Muhammad Fauzan Ahmad Lufti pula menjuarai kategori MTB dengan hadiah wang tunai RM600, kedua Laurel Lauridsan Adrian (RM400) dan ketiga, Amir Mustapa Rusli (RM300).

Kategori All Stars 50 tahun ke atas dimenangi Zainal Ariffin Mohd Hasbie dengan hadiah wang tunai RM500, kedua Marija Singh (RM300) dan ketiga, Kamaruzzaman (RM200).

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan Pengarah DBKU Jumaini Haili serta Ahli Dewan DBKU, Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie.