Tadbir urus kewangan Sarawak terbaik di Malaysia, kata Abang Johari

Abang Johari (tiga kanan) memegang bola kristal sebagai simbolik Sambutan Tahun Baharu 2020 di Tebingan Kuching tepat jam 12 tengah malam.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, JAN 1: Pengiktifaran penarafan kredit A- oleh S&P Global menunjukkan pengurusan kewangan negeri Sarawak adalah yang terbaik di Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya, dengan tadbir urus kewangan yang baik, ekonomi Sarawak begitu kukuh dan pada landasan betul untuk mencapai tahap negeri maju pada tahun 2030.


ā€œEkonomi Sarawak begitu baik dan rating S&P Global memberikan pengiktirafan A-, bermakna Sarawak diuruskan dengan baik.

ā€œWalaupun ada orang(pemimpin) berkata yang kita tidak boleh menguruskan Sarawak kerana dakwaan beliau dalam tempoh tiga tahun kita akan bankrap.

ā€œTetapi agensi pengiktirafan antarabangsa telah memberikan kita A-, iaitu yang terbaik di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Countdown Fiesta 2020 di Tebingan Kuching malam tadi.

Abang Johari turut berkata, ekonomi Sarawak akan bertambah baik pada tahun 2020 dan pembangunan di kawasan luar bandar menjadi agenda penting kerajaan.

Menurut beliau, usaha membangunkan kawasan luar bandar melibatkan projek pembinaan jalan raya dan jambatan.

ā€œKita juga sedang di dalam proses melakukan transformasi ekonomi negeri termasuk sektor pertanian yang menggunakan kaedah moden.

ā€œSelain itu, kita akan menaikkan taraf sekolah di luar bandar dimana kerajaan negeri telah mendahulukan pembayaran kepada kerajaan pusat sebanyak RM1 bilion.

ā€œKita mahukan sekolah-sekolah daif di luar bandar dibaik pulih dengan segera,ā€ ujar beliau.

Pada majlis yang dihadiri ribuan penduduk Bandaraya Kuching itu, Abang Johari turut melancarkan Program Sayang Sarawakku.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. ā€”DayakDaily.

Sebahagian dari ribuan penduduk Bandaraya Kuching yang membanjiri Tebingan Kuching menanti detik 12 tengah malam pada sambutan Tahun Baharu 2020.
Detik 12 tengah malam diraikan dengan percikan bunga api selama 10 minit di langit Bandaraya Kuching.