Suspek pecah rumah dan ceroboh masuk kedai kantoi, imej dirakam CCTV

Imej rakaman CCTV dalam premis tersebut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 17 Feb: Seorang lelaki warga tempatan tidak menyedari bahawa gelagatnya memecah masuk sebuah kedai runcit di Jalan Pujut Padang Kerbau dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pemilik premis.

Dalam kejadian awal pagi semalam, suspek telah bertindak memecah masuk ke premis terbabit dan melarikan wang tunai berjumlah RM250.


Kejadian disedari oleh anak pemilik kedai tersebut yang kemudian terus memaklumkan kejadian pencerobohan itu kepada pihak polis.

Bertindak daripada maklumat yang diterima, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatam Jenayah Miri (JSJ) berhasil mengesan dan menangkap suspek berusia 22 tahun itu di hadapan sebuah tandas awam di Terminal Bas Pujut.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 7.10 malam.

Hasil siasatan ke atas suspek, didapati suspek mempunyai sebanyak lapan rekod jenayah lampau berkaitan jenayah pecah rumah dan curi sekitar bandar Miri.

Suspek telah dibawa ke Balai Polis Pusat Mirin untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan. — DayakDaily