This Content Is Only For Subscribers
MARUDI, 6 Julai: Polis Marudi pada Khamis menahan empat lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan mencuri kenderaan.
Menurut Ketua Polis Daerag Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib, tangkapan dilakukan di dua lokasi berasingan oleh angota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Marudi yang diketuai oleh Insp Mohd Azar Hilmi ketika membuat pemantauan di Jalan Lapok/Long Lama.
Polis turut membuat beberapa rampasan.
“Tangkapan dilakukan anggota rampasan dilakukan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Hasil pemeriksaan ujian air kencing ke atas keempat-empat suspek mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetanine dan methampthamine. — DayakDaily