Surimah jadi mangsa tipu sindiket Macau Scam rugi RM5,900

Scam alert. — DayakDaily.com file pic // Photo: Pixabay

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 Mac: Seorang surirumah berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM5,900 dipindahkan ke satu akaun bank tidak dikenali selepas menerima panggilan seseorang yang menyamar sebagai pengawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut sumber polis, kejadian yang dilaporkan berlaku awal bulan ini bermula apabila mangsa berusia 23 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek mendakwa mangsa mempunyai hutang cukai tidak berbayar berjumlah RM36,600.90 dari sebuah syarikat yang didaftarkan atas namanya.


Mangsa kemudiannya disambungkan ke seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai polis dari IPD Kuantan.

Suspek mengatakan kononnya mangsa mempunyai sejumlah hutang dengan LHDN dan perlu diselesaikan pada kadar segera.

Pada awalnya mangsa menafikan dakwaan tersebut, panggilannya kemudiannya disambungkan ke Bank Negara.

Akhirnya mangsa menyerahkan maklumat perbankan peribadinya kepada suspek.

Namun, apabila mangsa mengakses sema akaunnya secara dalam talian, mendapati berlaku satu transaksi wang dalam akaunnya itu.

Berasa tertipu, mangsa kemudiannya tampil membuat satu laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. — DayakDaily