KUCHING, 16 Jan: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023.
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai esok, 17 Januari 2023.
Katanya, ia melibatkan 8.7 juta golongan B40 dengan peruntukan bernilai RM1.67 bilion.
“Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
“Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023. — DayakDaily