Sukma 2024: Tan Xin Hung dapat emas untuk pasukan judo Sarawak

Tan mendapat pingat emas untuk Sarawak dalam acara judo.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 21 Ogos: Kem judo Sarawak mencatat satu emas dan dua perak dalam aksi yang berlangsung di Kampus UiTM di Mukah hari ini.

Pingat emas diperolehi oleh Tan Xin Hung setelah mengalahkan atlit Terengganu Wan Nurul Aisyah dalam kategori bawah 53 kilogram, manakala pingat gangsa dalam kategori tersebut dimenangi atlit Johor Alysha.

Advertisement
Aksi Tan (baju putih) di Mukah.

Sementara itu, Michael Leano Jerim akur dengan pingat perak dalam acara bawah 60 kilogram lelaki setelah kalah di aksi akhir menentang atlit Terengganu Haykhal Ridzuan.

Satu lagi pingat perak disumbang Kho Jia Leng dalam acara bawah 70 kilogram wanita.

Dalam aksi akhir, Kho kalah kepada atlit Terengganu Zuraida. — DayakDaily

Advertisement