KUCHING, 20 Ogos: Atlet Sarawak Ormilla Octavia Codday Nyadau akur dengan pingat gangsa dalam acara 200 meter wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2024 yang berlangsung di Stadium Sarawak sebentar tadi.
Ormilla Octavia mencatatkan masa 24.94 saat.
Pingat emas dimenangi pelari Selangor Nur Afrina Batrisyia dengan catatan masa 23. 89 saat, sekali gus mengatasi rekod lama Sukma 24.31 saat.
Pingat perak pula milik pelari Terengganu Izzatul Musfirah dengan catatan masa 24.52 saat.
Pada semalam, Nur Afrina menang emas acara 100 meter wanita dengan mencatat rekod baharu Sukma 11.64 saat.
Beliau memadamkan rekod Sukma 11.81s milik Azrenn Nabila Alias yang dirakam pada edisi 2018 di Perak enam tahun lalu. — DayakDaily