Suhu badan lebih 37.5 darjah Celcius tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis

Stop. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 26 April: Individu dengan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kemas kini prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini berkata, pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal satu meter.

“Pemilik premis juga memastikan pelanggan memasuki premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon serta mengimbas suhu badan.


“Pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal satu meter radius dalam sesuatu masa dan memaparkan jumlah maksimum pelanggan yang berada dalam premis,” katanya.

Kenyataan tersebut turut berkata bahawa pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malayasia ketika berada di premis.

Katanya, diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak.

“Pengecualian memakai pelitup muka adalah di kediaman sendiri yang melibatkan ahli isirumah.

“Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah, ruang kerja bersendirian, aktiviti sukan dan rekreasi indoor dan outdoor, kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isirumah.

“Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain serta sewaktu makan dan minum di tempat awam,” menurut JPBNS.

JPBNS dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan bahawa PKPB di Sarawak telah dilanjutkan sehingga 17 Mei, mulai esok. — DayakDaily