Suasana kecoh di Pasar Nelayan Kampung Batu Satu, ikan kerapu seberat 131kg berhasil ditangkap

Gambar menunjukkan beberapa nelayan turut membantu menaikan ikan gergasi itu ke daratan. Gambar ini tular di media sosial sebaik sahaja ikan tersebut berjaya ditangkap awal pagi tadi. Kredit foto: Zaliha Hassan

By Brad Rantayy

MIRI, Mac 2: Suasana di Pasar Nelayan Kampung Batu Satu, Jalan Lutong-Kuala Baram heboh, apabila pukat seorang nelayan tempatan berhasil menangkap seekor ikan kerapu seberat 131kg awal pagi Rabu.

Difahamkan, harga pasaran ikan kerapu untuk sekilogram adalah RM40.


Seramai enam nelayan turut bersama membantu menaikan ikan kerapu tersebut ke kawasan daratan pasar nelayan Kampung Batu Satu.

Ikan kerapu tersebut dilaporkan ditangkap diperairan pesisir pantai Miri berhampiran Pasar Nelayan Kuala Batu 1.

Hasil tinjauan DayakDaily ke kawasan tersebut sekitar jam 12 tengahari tadi, mendapati ikan gergasi itu telahpun dibeli. — DayakDaily