STEM: Pencapaian pelajar Sarawak jauh di bawah sasaran 60 peratus

Advertisement

KUCHING, Mac 20: Pencapaian pelajar Sarawak dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) masih jauh di bawah sasaran 60 peratus.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, dalam tempoh lima tahun lalu, terdapat penurunan ketara dalam kemasukan ke aliran sains di peringkat tingkatan empat.

Katanya, sekiranya trend itu berterusan, ia kemungkinan boleh menimbulkan masalah serius kepada negara dan Sarawak amnya.

Advertisement

“Justeru, program berkaitan STEM sangat penting mahu meningkatkan prestasi pelajar,” katanya semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Guru-guru Besar Sarawak 2018 di sini semalam.

Sementara itu, Manyin menambah, persidangan yang bertemakan ‘Memimpin untuk Kecemerlangan Pendidikan’ merupakan platform bagi berkongsi kepimpinan terbaik dan amalan pengurusan sekolah yang berjaya.

Jelasnya, persidangan sama juga menggalakkan rangkaian profesional dalam kalangan guru besar

“Saya yakin persidangan tiga hari ini akan membincangkan cara-cara bagi meningkatkan kualiti guru besar dalam pengurusan kepimpinan dan pendidikan.

“Ini sekali gus memperkaskan penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah,” katanya. — DayakDaily

Advertisement