SRS Automobile syarikat Bumiputera perintis dalam bidang kenderaan elektrik

Kelihatan Naroden (dua dari kanan) pada Pelancaran Rapid Fast Charger di Jalan P Ramlee, Kuching.
Advertisement

KUCHING, 28 Nov: Kejayaan syarikat SRS Automobil dalam bidang pemasaran kenderaan elektrik menjadi perintis bagi syarikat bumiputera yang lain, kata Menteri Muda Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais.

Beliau yang juga Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri Terminal berkata, inisiatif yang di ambil oleh syarikat tersebut adalah contoh jelas bagaimana usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berupaya memperomosikan penggunaan Teknologi Hijau Moden untuk mengurangkan pengeluaran karbon.

“Ia sememangnya satu langkah berani oleh pengimport kereta Bumiputera untuk menceburi Pasaran Kenderaan Elektrik (EV) baharu. Kita perlu mempunyai paradigma-anjakan jika kita serius dalam komitmen kita untuk mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.

Advertisement

Naroden yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata demikian pada Majlis Pelancaran Rapid Fast Charger untuk EV di Jalan P Ramlee di sini hari ini.

Tambah Naroden, visi Ketua Menteri jelas dinyatakan dalam Pasca Covid-19 Strategi Pembangunan 2030 yakni menganjakkan Sarawak menjadi negeri maju berpandukan dengan data dan inovasi.

“Matlamat kita adalah menggandakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) Sarawak serta meningkatkan tiga kali ganda pendapatan isirumah pada penghujung dekad ini, pada masa yang sama, mengintegrasikan kelestarian alam sekitar merentasi semua inisiatif pembangunan,” katanya.

Jelas Naroden, ia adalah menjadi aspirasi Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk melihat bahawa setiap rakyat Sarawak akan menikmati hasil pembangunan. — DayakDaily

Advertisement