Solat Idiladha di masjid dan surau disaran 8 pagi, 10 Julai – MAIS

Foto fail menunjukkan para menteri menunaikan Solat Idiladha pada tahun lepas. Kredit foto: Chief Minister's Office

KUCHING, 6 Julai: Semua Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau dimohon mengambil maklum mengenai perkara berhubung Sambutan Hari Raya Idiladha pada 10 Julai ini.

Setiausaha Majlis Islam Sarawak (MAIS) Khalidi Ibrahim berkata, pelaksanaan solat Idiladha di masjid dan surau disarankan pada jam 8 pagi, 10 Julai.

Katanya, pelaksanaan qurban adalah setelah berlalu masa melaksanakan solat dua rakaat dan dua khutbah dengan anggaran 20 minit selepas matahari terbit.

ā€œWaktu Afdal adalah selepas menunaikan solat sunat Hari Raya Idiladha,ā€ katanya dalam satu surat pekeliling hari ini.

Manakala Takbir Mursal bermula waktu maghrib pada malam raya (9 Julai).

Bagi Takbir Muqayyad, ia dilaksanakan setiap kali selesai menunaikan solat fardu atau sunat secara berjemaah atau bersendirian termasuk selepas solat jenazah bermula setelah solat subuh 9 Julai. ā€” DayakDaily