SMA tubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mempercepatkan menara telekomunikasi di Sarawak

Dr Zaidi Razak

KUCHING, 8 Dis: Sarawak Multimedia Authority (SMA) menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur dan kualiti telekomunikasi di Sarawak.

Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak berkata, jawatankuasa tersebut terdiri daripada pihak yang menyediakan rangkaian seperti Celcom, Digi, Maxis dan lain-lain.

“Jawatankuasa telah dan akan mengadakan mesyuarat berkala membincangkan sebarang isu berkaitan dengan peningkatan kualiti telekomunikasi di Sarawak.


“Kita juga akan membantu syarikat yang menyediakan perkhidmatan rangkaian untuk mendapatkan kontraktor berkaliber di bawah Unit Pendaftar Kontraktor dan Jururunding (UPKJ) di Sarawak.

“Ia akan memudahkan syarikat yang memberi perkhidmatan rangkaian untuk membina menara telekomunikasi terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat secara maya bersama-sama dengan Celcom di Ibu Pejabat SMA hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Rangkaian Celcom, CS Yap berkata, sebanyak 1,558 tapak yang memberi perkhidmatan rangkaian di Sarawak.

“Celcom mengalami sedikit kelewatan untuk menamatkan perkhidmatan rangkaian 3G dan rancangan itu akan diteruskan selesai Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Bagaimanapun, sebelum kita menamatkan perkhidmatan rangkaian 3G, kita akan memast kan liputan LTE telah tersedia di kawasan terbabit,” jelasnya. — DayakDaily