This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 25 Jun: Skuad Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak yang menjuarai pingat emas bagi acara bolasepak tahun 1990 diraikan pada satu majlis malam ini.
Hadir memberikan penghargaan kepada pemain-pemain ialah Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman.
Pada Sukma 1990, skuad yang diketuai oleh kapten Ibrahim Mentali mengalahkan Melaka pada perlawanan akhir dengan jaringan 4-0.
“Majlis malam ini adalah penghargaan kepada semua pemain selepas kejayaan 33 tahun yang lepas. Suasana malam ini adalah untuk kita bangkitkan semula semangat bolasepak negeri.
“Bolasepak Sarawak kini berada di kedudukan paling rendah, kita perlu lakukan sesuatu untuk kembalikannya.
“Satu ketika dahulu kita pernah digeruni, tapi kini kita sinonim dengan isu gaji pemain dan hutang.
“Kita ada tanggungjawab untuk membetulkan keadaan dan mengembalikan kegemilangan bolasepak negeri,” kata Abang Zulkarnain dalam ucapannya.
Antara tonggak utama skuad 1990 ialah Jalong Lejau, Lois Jakai dan Jafri Ali.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak Awang Putrayusrie Awang Redzuan. — DayakDaily