Skuad angkat berat Para Sukma 2024 sasar 12 emas

Fatimah (berdiri belakang, empat dari kanan) bersama skuad angkat berat Para Sukma Sarawak.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 24 Julai: Skuad angkat berat Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 mensasarkan 12 pingat emas bagi temasya kali ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia bagi menyokong impian Sarawak menjadi juara keseluruhan.

Advertisement

“Terdahulu kita mensasarkan 14 pingat emas, namun seorang atlit kita tidak dapat bertanding kali ini disebabkan sudah tidak layak kerana belia sudah di tahap para Olimpik.

“Maka kita meletakkan sasaran 12 pingat emas,” katanya semasa mengadakan lawatan ke pusat latihan pasukan angkat berat di Kuching hari ini.

Tambah Fatimah, adalah penting untuk memantapkan skuad angkat berat Para Sukma kerana pasukan Sabah memiliki skuad yang kuat.

Ujarnya, Sabah juga merupakan juara keseluruhan Para Sukma dua tahun lepas.

“Kita akan memantau persiapan serta latihan mereka.

“Harapan kita supaya pasukan angkat berat ini dapat memberikan persembahan terbaik dan mencapai sasaran emas,” katanya.

Sarawak akan menjadi tuan rumah Para Sukma 2024 bermula 21 hingga 28 Sept depan. — DayakDaily

Advertisement