Skim kawalan harga untuk Hari Gawai Dayak bermula Mei 25-Jun 7

Senarai harga maksima ayam dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Gawai 2019 di laman Facebook KPDNHEP-Laman Rasmi.
Advertisement

KUCHING, Mei 21: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Gawai 2019 akan mula berkuatkuasa di Sarawak dari Mei 25 ini sehingga Jun 7 depan.

Menurut laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), antara barangan tersenarai dalam skim itu ialah ayam (hidup, standard, super) ayam tua, kepak ayam, babi hidup dari ladang, daging, perut dan lemak babi dan telur ayam gred A, B, C.

Manakala sayuran pula ialah kobis bulat import dari Indonesia dan China tidak termasuk kobis dari Beijing, bawang putih dari China dan cili kering.

Advertisement
Senarai harga maksima babi dari ladang dan perut, daging dan lemak babi dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Gawai 2019 di laman Facebook KPDNHEP-Laman Rasmi.

Harga maksima runcit sesetengah barangan dalam skim tersebut juga ada lebih tinggi di kawasan tertentu seperti ayam hidup pada RM8 sekilogram di Kapit, Song, Belaga dan RM8.70 sen sekilogram di Limbang dan Lawas berbanding pada RM6.70 sekilogram di Kuching, Lundu, Bau, Serian, Simunjan, Samarahan dan Asajaya.

Selain itu harga maksima runcit perut babi ialah RM21.50 sen manakala daging dan lemak babi ialah RM20.50 sen sekilogram di Limbang dan Lawas berbanding harga maksima runcit perut babi hanya RM19.50 sen sekilogram manakala daging dan lemak babi pada harga RM18.50 sen sekilogram bagi kawasan lain.

KPDNHEP juga mendedahkan senarai barangan Skim Harga Maksima Musim Perayaan Bagi Hari Raya Puasa 2019 (berkuatkuasa Mei 21-Jun 19) dan Pesta Kaamatan 2019 (berkuatkuasa Mei 23-Jun 5). ā€” DayakDaily

Advertisement