Hugh Jackman dirawat untuk barah sekali lagi

Ianya bukan rahsia bahawa Hugh Jackman adalah pesakit barah, namun beliau dipercayai telah pulih setelah menjalani rawatan penyakit tersebut pada tahun 2013.

Kini, pelakon filem Logan tersebut mendedahkan bahawa para doktor telah mendapati bahawa barah kulit yang dihadapinya belum hilang sepenuhnya, dan beliau sedang menjalani rawatan.

Pendedahan penyakit barah kulit tersebut dibuat oleh pelakon berusia 48 tahun itu di akaun twitter beliau, dimana beliau menyertakan sebuah gambar hidung beliau ditampal dengan pembalut putih.

Menurut kenyataan Jackman, perkataan ‘barah’ sememangnya memberi sedikit kejutan kepada sesiapa sahaja, namun sebagai orang Australia, barah adalah satu penyakit yang amat biasa berlaku.

Beliau menambah bahawa kegagalan beliau mengunakan krim pelindung matahari sejak kecil adalah satu punca mengapa beliau boleh mengidap penyakit tersebut, dan beliau kini hanya perlu bertenang dan menjalani rawatan bagi mengeluarkan barah tersebut.