SFC melancarkan Program Mengangkatan Enggang

Gambar burung enggang yang terdapat di negeri ini yang disiarkan laman facebook Sarawak Forestry disiarkan hari ini.

KUCHING, 31 Disember: Sarawak Forestry Corporation (SFC) meraikan ambang tahun baru 2019 dengan pelancaran Program Mengangkatan Enggang hari ini.

Program terbabit bagi memulihara dan melindungi spesis burung enggang di negeri ini adalah terbuka kepada pihak koperat dan individu yang terbahagi kepada pakej gangsa yang selama setahun, perak ( 2 tahun), emas (5 tahun), dan platinium (10 tahun).

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata pihaknya mengalukan badan koperat dan invividu perihatin menyertai program itu yang bertujuan mengumpul dana bagi usaha pemuliharaan burung enggang dan memperluaskan program tu kepada orang ramai serta menyebarkan maklumat usaha pemuliharaan itu di Sarawak.

“Dana program pengangkatan ini akan didepositkan terus kepada Akaun Amanah Pemuliharaan Hidupan Liar yang layak dikecualikan cukai,”katanya dalam laman facebook Sarawak Forestry disiarkan hari ini.

Beliau sehubungan itu berharap pihak koperat dan individu yang berminat menyertai program terbabit supaya memeriksa butirannya di laman web SFC dan juga dengan pegawai pemuliharaan SFC.

Sementara itu, Pengurus Besar SFC, Oswald Braken Tisen berkata keseluruhannya ada 55 spesis burung enggang di seluruh dunia dan lapan spesis itu terdapat di Borneo.

Katanya lapan spesis enggang itu ialah Oriental Pied, Wreathed, Wringkled, Rhinoceros, Helmeted, White Crowned, Bushy Crested dan Black.- DayakDaily