SFC berjaya rampas 561 batang kayu bakau haram

Anggota penguatkuasa SFC memeriksa kayu bakau haram yang dirampas.
Advertisement

KUCHING, Feb 10: Sepasukan anggota penguatkuasa dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya merampas 561 batang kayu bakau yang disyaki ditebang secara haram dan dibawa ke sebuah stor di Jalan Stephen Yong semalam.

Jurucakap SFC berkata, sebelum rampasan itu, para pegawai penguatkuasa SFC telah mengesan sebuah lori dalam keadaan yang mencurigakan.

Katanya, selepas mengekori lori yang membawa muatan kayu bakau haram tersebut, pegawai SFC kemudian menahan pemandu kenderaan itu.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu itu tidak mempunyai sebarang dokumen sah untuk membawa muatan kayu bakau terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, jurucakap sama menambah, siasatan awal mendapati kayu-kayu bakau itu dipercayai ditebang di kawasan Sungai Rayu di sini.

Katanya, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Batu Kawa untuk tindakan selanjutnya.

“SFC akan menyerahkan barangan rampasan termasuk lori bagi siasatan lanjut,” ujarnya lagi. — DayakDaily

Advertisement