Seramai 150 anggota Bomba terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Mohammad(kiri) bersama Pengarah JBPM Sarawak Khiruddin Drahman yang juga salah seorang penerima APC.

KUCHING, Feb 15: Seramai 150 orang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dianugerahkan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada satu majlis yang diadakan di Putrajaya semalam.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, ia sebagai pengiktirafan diatas khidmat bakti dan kecemerlangan prestasi perkhidmatan yang ditunjukkan sepanjang tahun 2019.

ā€œTahniah dan syabas kepada semua yang telah mencapai kecemerlangan seterusnya menjadi contoh kepada rakan yang lain dan penggerak perubahan kepada organisasi.


ā€œSaya percaya penghargaan ini memberi makna yang mendalam kepada semua penerima dan ia juga sebagai salah satu daya motivasi dan tanda pengiktirafan jabatan di atas kesungguhan dan dedikasi penerima yang melaksanakan tanggungjawab demi keunggulan oraganisasi ini,” katanya.

Tambah Mohammad, ikrar dan janji yang ditabur setiap anggota Bomba adalah sebahagian daripada ibadah dan amalam yang dirahmati.

Nilai teras ini katanya, amatlah sinonim di dalam profession kebombaan dan penyelamat yang perkhidmatannya berbentuk keikhlasan dan kemuliaan.

ā€œSaya berharap semua anggota Bomba akan terus komited untuk menunaikan janji-janji bagi mencapai segala ā€˜Quick Winā€™ kerajaan yang disasarkan dengan pantas tanpa memikirkan teritori.

ā€œIa seterusnya memperkasakan khidmat dalam satu pasukan yang ikhlas dan padu, berorientasikan impak tinggi kepada rakyat,” ujar beliau lagi. ā€”DayakDaily.