Serahan borang Nyata Cukai Pendapatan menerusi e-filling  bermula 1 Mac

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia logo

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Pembayar cukai boleh mengemukakan borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun taksiran 2020 menerusi perkhidmatan e-filling bagi borang E,BE,B, BT, P, M, MT, TP, TF dan TJ bermula pada 1 Mac ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, pembayar cukai  boleh mengakses sistem terbabit memlaui portal rasmi LHDN di www.lhdn.gov.my dan kemudianya klik pada pautan MyTax, diikuti perkhidmatan ezHasil dan akhir sekali e-filling.

“Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu dengan hadir ke kaunter cawangan LHDNM atau secara dalam talian melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.


“Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, mereka boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau kunjungi kaunter perkhidmatan LHDNM yang berhampiran,” kata kenyataan itu.

Menurut LHDNM hampir 530,000 Borang E Tahun Saraan 2020 dijangka akan diterima daripada para majikan berdaftar di seluruh negara.

Manakala sekitar 3.27 juta borang BE, B, BT, M dan MT pula dijangkan bakal diterima daripada individu yang mempunyai rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 bagi tahun 2020.

Ujar kenyataan itu, pembayar cukai boleh merujuk ke portal rasmi LHDN bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021.

“Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka,” jelas kenyataan itu. — DayakDaily