This Content Is Only For Subscribers
SIBU, 1 Ogos: Seorang maut dipercayai ditembak, manakala dua lagi cedera dalam satu insiden di Batu 11 Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.
Sumber memberitahu, kejadian dipercayai berlaku di sebuah kawasan kebun sekitar tengah malam tadi.
Difahamkan, mangsa yang meninggal duni berusia 46 tahun dan dua lagi mangsa yang cedera belum dikenalpasti identiti.
Siasatan polis masih dijalankan di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkifli Suhaili dilaporkan mengesahkan kes tersebut disiasat sebagai kes bunuh.
Siasatan lanjut dijalankan dari semua aspek.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh tampil membantu siasatan. — DayakDaily