Tahun Arnab selesaikan apa jua permasalahan — Abang Johari

Abang Johari ketika ditemui di di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.

KUCHING, 22 Jan: Kedatangan Tahun Baru Arnab diharap dapat selesaikan apa jua permasalahan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ditemui di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2023 di Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini, beliau berkata arnab memiliki karektor tersendiri.

“Kalau kita mempraktikan semangat arnab, saya percaya apa jua halangan yang kita hadapi dapat diselesaikan,” katanya.


Mengulas mengenai sambutan, Abang Johari berkata ia tidak diraikan oleh masyarakat Cina sahaja.

Katanya, ia diraikan seluruh kaum di Sarawak yang kini telah menjadi budaya masyarakat di sini.

Beliau percaya, dengan adanya perpaduan yang kerajaan dapat membangunkan masyarakat negeri ini. — DayakDaily