Seorang lelaki temui ajal, Toyota Hilux dipandu terbabas lalu terbalik dalam parit

Keadaan kenderaan yang dipandu mangsa dalam keadaan terbalik.
Advertisement

SIBU, Okt 19: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya terbabas lalu terbalik di dalam sebuah parit di Ladang Retus, Jalan Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa, Chew Chee Hong, 23, disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.44 petang.

Advertisement

Katanya, sejurus itu sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati sebuah Toyota Hilux dalam keadaan terbalik di sebuah parit. Pemeriksaan mendapati terdapat mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan itu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, anggota bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.15 petang,” katanya. — DayakDaily

Advertisement