Seorang lelaki ditemui mati, seorang lagi masih gagal dikesan

Mayat mangsa dibawa balik ke kampung untuk proses pengecaman mayat.
Advertisement

BINTULU, Feb 11: Seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan hilang selepas pergi ke ladang kelapa sawit ditemui mati lemas di Sungai Kemena di sini semalam.

Mangsa, Asmawie Dollah, 48, ditemui dalam keadaan terapung pada kira-kira pukul 2.05 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba di situ.

Advertisement

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa balik ke kampung untuk proses pengecaman mayat.

“Sebaik tiba di Kampung Kuala Segan, keluarga mangsa mengesahkan mayat itu adalah Asmawie.

“Buat masa ini, seorang lagi mangsa iaitu Bakar Sesin, 76, belum lagi ditemui,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiong menambah, operasi mencari lelaki warga emas itu yang memasuki hari keempat diteruskan pada pukul 6.15 pagi ini. — DayakDaily

Advertisement