Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan cedera di lengan dan leher di Sarikei

Mayat mangsa ditemui di kawasan nipah.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SARIKEI, 4 Mei: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang dikhuatiri lemas ditemui mati di kawasan hutan nipah, Sungai Setebu, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak (Bomba) berakata mangsa yang berusia 36 tahun dilaporkan lemas di sungai tersebut kira-kira jam 9.20 malam semalam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sehingga mayat mangsa ditemui di di kawasan hutan nipah sekitar kam 1.41 petang.


“Mangsa ditemui dalam keadaan duduk menyandar, tidak sedarkan diri dan terdapat kesan luka pada lengan sebelah kiri dan luka di bahagian leher,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat angsa telah diserahkan kepada pihak polis pada jam 2.10 petang untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada jam 2.20 petang. — DayakDaily