Seorang lelaki ditangkap, kes hina Premier Sarawak

PDRM logo

KUCHING, 19 April: Seorang lelaki telah ditangkap untik siasatan lanjut kes penghinaan ke atas Premier Sarawak serta timbalannya dan Menteri Kerta Raya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mancha Ata berkata suspek berusia 46 tahun telah ditangkap untuk membantu siasatan dan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.

“Polis kontinjen Sarawak telah menerima tujuh laporan polis berhubung satu posting yang dimuatnaik dalam media sosial berunsur ugutan serta penghinaan ke atas Premier Sarawak, Timbalan Premier dan Menteri Kerja Raya.


“Seorang lelaki ditangkap untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan sembunyi nama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya lagi. — DayakDaily